Sunday, September 2, 2012

BERANI MELAYANGKAN IMPIAN

Ramai orang suka mengimpikan "kerja idaman" atau meraka mempunyai idea tentang apa yang ingin dilakukan jika diberi peluang.

Apakah impian anda? Pernahkah anda terfikir mahu menjadi penyanyi atau angkasawan? Mahu menjadi perisik, ahli perniagaan atau guru? Mungkin juga anda mahu menjadi tukang masak atau deejay sebagai kerjaya. Anda mahu bekerja sebagai apa pada masa depan nanti?

Pergi duduk, pejamkan mata dan tenangkan diri. Mula bayang dan angan-angan sesuatu. Jika anda boleh mendapat kerja impian anda dimana-mana  di dunia ini, kerja apakah yang terlintas dalam fikiran anda? Jangan bimbang tentang kekurangan wang, pendidikan universiti atau hal-hal lain. Biarkan sahaja impian anda  melayang.

By:  Nur Huda Hanani , Nur Ain Syafikah , Anis Syamimi (PRS)