Wednesday, November 16, 2011

MEREKAYASA PERKHIDMATAN KAUNSELING


TAHNIAH UBK SK Pantai Kundor di atas kejayaan berikut:
  1. ANUGERAH BILIK HARAPAN 
  2. TEMPAT KETIGA MEMBINA VIDEO KORPORAT
  3. TEMPAT KEDUA MEMBINA BLOG KAUNSELING
  4. TEMPAT KEDUA REALITI KAUNSELOR MUDA
keep it up .....

Wednesday, November 9, 2011

KEPUTUSAN UPSR

Keputusan UPSR bakal diumumkan pada 17 Nov 2011. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah semoga kita beroleh keputusan yang terbaik.

Insyaallah..... Kejayaan Milik kita..AMIN

MEREKAYASA PERKHIDMATAN KAUNSELING

Syukur alhamdulillah SK Pantai Kundor telah terpilih ke peringkat akhir untuk pertandingan -pertandingan berikut:
  • Blog kaunseling
  • Video Korporat
  • Bilik 
  • Kaunselor Muda
Pertandingan akhir akan berlangsung di SK Kg Tun Razak Pada 10 Nov 2011 dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. bagi pertandingan bilik, teratak Bimbingan SK Pantai Kundor telah diberikan anugerah Harapan kategori Sekolah Rendah.


KAUNSELOR MUDA

Pertandingan realiti kaunselor Muda telah berlangsung di SK Kg Tun Razak. Tahniah Nur Husna Hanani kerana telah terpilih ke peringkat akhir






PENILAIAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Alhamdulillah, bilik bimbingan dan kaunseling SKPK telah terpilih untuk dinilai ke peringkat akhir Anugerah Pengurusan Bilik Kaunseling.

Tuesday, November 8, 2011

CARA MENGURUS MASA

Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja.




  1. Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.
  2. Susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
  3. Elakkan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
  4. Agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
  5. Buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
  6. Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
  7. Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminggu. 
Jika amalan di atas dapat dilakukan dengan teratur dan berdisiplin, sudah pasti para pelajar dapat menggunakan masa dengan baik. DAPATKAN JADUAL WAKTU PERSENDIRIAN DARI BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK PANTAI KUNDOR.


DICATAT OLEH :
   ANIS PRS SKPK

Thursday, November 3, 2011

CARA MENULIS MATLAMAT

  1. Sediakan satu kertas.
  2. Dengan menggunakan pen, pensel warna atau marker pen, tuliskan dengan tulisan besar pada kertas kosong ayat ini...

    DENGAN IZIN ALLAH, 5A PASTI MILIK SAYA
  3. Setelah itu, tampal kertas tersebut pada tempat yang mudah untuk dilihat. Contoh: Pada dinding bilik tidur/ almari pakaian.. jangan lupa minta izin ibu dan ayah..
  4. Selalulah membacanya.. lakukan setiap hari.. Dengan izin Nya.. pasti akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.