Wednesday, November 11, 2009

KURSUS PENDEK- KOLEJ KOMUNITI

10 nov 2009- Unit Bk bekerjasama dengan unit pendidikan khas telah merangka kursus pendek di kolej komuniti Bukit Beruang bagi memberi ilmu pengetahuan yang berguna kepada pelajar. Ilmu yang bertujuan untuk melengkapkan diri para pelajar ini dirasakan perlu bagi membolehkan pelajar lebih berdikari dalam menempuh hari mendatang.. SEMOGA DAPAT DIMANFAATKAN...

Wednesday, October 21, 2009

laurier.. the beauty from within...

Unit BK telah menganjurkan program khusus untuk pelajar perempuan tahun 2,3 ,4,5 dan 6 berkenaan Menempuh dunia remaja... pelajar lelaki tahun 6 juga berpeluang mendengar taklimat bersam Ustaz Zairul.. Terima kasih atas kerjasama semua

Thursday, October 15, 2009

KOLEKSI BULETIN BIMBINGAN

Pengumuman kepada semua pelajar tahap 2 yang berminat menyertai Pertandingan mengumpul Koleksi Buletin Bimbingan bagi tahun 2009. Tarikh tutup adalah pada 30 oktober 2009.. bagi yang tidak ada atau tidak cukup koleksi.. bileh mendapatkannya daripada Unit Bimbingan SKPK.. CEPAT PENYERTAAN TERAWAL, KREATIF DAN TERBAIK AKAN DIPILIH SEBAGAI PEMENANG..HADIAH LUAMAYAN MENANTI ANDA.untuk maklumat lanjut hubungi Guru Bimbingan anda..

PERJALANAN PROGRAM ADIKKU CEMERLANG





Rajin adik rajin.. rajinlah belajar.. inilah semangat yang ingin dilihat..semoga keikhlasan pelajar tahun 6 dan kesungguhan pelajar tahun 5 akan membuahkan kejayaan cemerlang. GOOD LUCK FOR FINAL EXAM.. JOM RAMAI RAMAI BUAT BUKU ULANGKAJI...

Tuesday, September 29, 2009

program adikku cemerlang

Program yang sepatutnya dijalankan pada 28/9 ditunda ke 29/9/09 kerana faktor cuaca . Majlis penyerahan dirasmikan oleh Pn Azizah binti Jakiriyah. Taklimat juga telah diberikan kepada pelajar yang terpilih.. Sekarang adalah waktu untuk pencarian kakak/abang angkat cemerlang.. ERATKAN UKHWAH.. TINGKATKAN KECEMERLANGAN..thanks juga kepada Anis Solihin yang telah menghasilkan video ini.

Monday, September 28, 2009

PROJEK TAMAN BIMBINGAN




Salam aidilfitri.. terima kasih kepada semua murid tahun 6 yang sedang bertungkus lumus menyiapkan projek taman bimbingan...

Sunday, September 27, 2009

PROGRAM ADIKKU CEMERLANG

Satu program khas untuk pelajar tahun 5 akan dirasmikan pada 29 september 2009. 15 orang pelajar tahun 5 ( adik angkat) akan diserahkan kepada kakak /abang angkat tahun 6. semoga bimbingan dapat diberikan kepada adik adik tahun 5..GOOD LUCK

Monday, August 17, 2009


PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2009

TAHNIAH..Kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan UPSR. Semoga jejak cemerlang ini akan dapat ditingkatkan dalam Peperiksaan UPSR nanti. InsyaAllah
  • SITI AISHAH ALMUNAWWARAH- 5A
  • NORSYAHIRAH DALI-5A
  • ANIS SOLIHIN-4A 1B
  • NUR FATIN FATIHA -4A 1B
  • MUHAMMAD HAFIZ ROSLI-4A 1C
  • NUR KHAIRUNNIZA-3A 2B
  • ISNA FIDHATUL NAJIHAH-3A 2B
  • MUHAMMAD HILMI AKMAL-3A 1B 1C
  • MUHAMMAD RIZAL-3A 1B 1C
  • AIMIN AKMAL-3A 2C

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UPSR



Majlis Bacaan yasin dan Solat Hajat untuk UPSR akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 20 Ogos 2009 ( Khamis)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Masjid Pantai Kundor( Masjid Mohsinin)

Semua guru, murid dan ibubapa dijemput hadir bagi mendoakan kejayaan anak anak UPSR

Monday, July 27, 2009



23 Julai 2009- Lawatan Akademik ke MRSM Terendak, Melaka.Ini adalah satu dorongan motivasi kepada calon UPSR supaya berusaha lebih gigih untuk berjaya. Di samping itu, ia dapat memberi pendedahan tentang peluang untuk melanjutkan pelajaran..

Friday, July 24, 2009




10 orang pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kelas 6 kreatif telah dinaikkan ke kelas 6 inovatif..amir, asrul, zuhairy, junie, redzuan, hafiz, zul, aiman, azura dan fatin.. congratulation!!
Tahniah..

10 orang telah terpilih untuk menjadi murid permata dan diasingkan dalam Kelas Elit...work hard.. Isna, Aisyah, Syahirah, Anis, Syadatul, Fatin, Hamzah, Hafiz, Akid dan Hilmi

Wednesday, July 15, 2009

Aktiviti Bulan Kecergasan

Bulan Julai merupakan bulan Kecergasan. Beberapa aktiviti telah dirangka seperti senamrobik, tarirobik, Perlawanan bolajaring, bolasepak, bola tampar dan sepak takraw. Jom kita join.. dapat release tension, badan pun sihat..

Monday, July 13, 2009

PROGRAM UPSR

Unit Bimbingan kaunseling dengan kerjasama guru guru SKPK telah menjalankan beberapa aktiviti untuk calon-calon UPSR bagi meningkatkan kecemerlangan. semoga segala usaha murni akan membuahkan hasil. senarai aktiviti sehingga julai:

  • Sesi Bersama Waris I
  • Cabaran 5A
  • Mentor Mentee
  • Jejak Kecemerlangan
  • Seminar UPSR
  • Sesi Bersama Waris II
  • Penerbitan Buletin Bimbingan
  • Seminar UPSR

Wednesday, July 8, 2009