Wednesday, October 26, 2011



SIAPAKAH SEORANG PELAJAR?

Adakah anda seorang pelajar? Seorang pelajar perlu mengenali potensi diri mereka. Antara perkara yang perlu difahami seperti :



FIZIKAL

Pelajar perlu jelas tentang jantina dirinya. Jika ia seorang lelaki tetapi berkecenderungan kearah sifat-sifat seorang perempuan, maka pelajar itu memerlukan pertolongan daripada keluarga dan ahli perubatan.


KOGNITIF

Pelajar perlu sedar sama ada ia seorang yang cerdas ataupun seorang yang lembam. Ini kerana pelajar yang lembam perlu perhatian yang lebih dari guru di sekolah.

EMOSI

Emosi pelajar selalu tidak stabil kerana remaja sering sensitif dan cepat tersinggung.

PSIKOMOTOR

Ada pelajar yang tidak cekap atau kurang mahir dengan aktiviti yang melibatkan anggota tangan.

NILAI/SIKAP

Nilai dan sikap antara pelajar berbeza kerana mereka dibesarkan dalam situasi keluarga yang berlainan. Ia banyak dipengaruhi oleh cara ia di didik dan orang yang disignifikan dalam hidupnya.
Anis & FARAH
PRS SKPK




terapi garam

  

KEBAIKAN LAMPU GARAM GUNUNG

  • Membersih dan menyegarkan udara di sekitar bilik bilik kaunseling secara semulajadi seperti anda berada di persekitaran air terjun.
  • Ion Negatif yang dikeluarkan oleh Lampu Garam Gunung membunuh bakteria di sekitar kediaman anda dan membuatkan anda sekeluarga sihat dan jarang menghidapi demam, batuk dan selsema .
  • Mengurangkan serangan asma bagi pesakit asma.

  • Menjadikan tidur anda berkualiti , lena dan badan anda segar apabila bangun dari tidur.
  • Melegakan resdung, migrain,sakit kepala,demam panas,asma,batuk dan selsema.
  • Menghilangkan bau busuk dan bau yang tidak menyenangkan di sekitar bilik kaunseling anda dengan cepat.
  • menjadikan bilik kaunseling anda tenang dan kondusif.

Friday, October 21, 2011

PELAPORAN L4

Buat semua rakan GBKSM negeri Melaka, jom isi borang pelaporan L4. Sila klik panduan yang telah disertakan. ikuti langkah-langkah mudah yang telah diberikan. Selamat Berjaya.

Wednesday, October 19, 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Peperiksaan akhir tahun telah bermula. Tekadkan azam ya, tambahkan keyakinan. Jom ramai-ramai masuk kelas inovatif. Di sini ada beberapa tips menghadapi peperiksaan:

 


1. Semak jadual


Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.


Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.


2. Kunci peperiksaan


Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.


Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.


3. Tentukan keutamaan


Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.


Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.


4. Banyak mengingat dan membuat kaitan


Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.


Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.


5. Merancang persiapan peperiksaan


Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.


a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.


Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.


Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.


Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.


Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.


Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.


Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.


Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.


b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.


Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.


Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.


Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.


Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.


Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel


Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.


Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.


c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.


Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.


Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.


6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan


Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.


7. Berdoa dan bertawakal


Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.


Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.




Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…Mai kongsi bersama cikgu..he he he…


sumber: berita harian

Tuesday, October 18, 2011

FAKTA

INGATAN MANUSIA



KITA INGAT....



  • 10% DARIPADA APA YANG KITA BACA
  • 20% DARIPADA APA YANG KITA DENGAR
  • 35% DARIPADA APA YANG KITA LIHAT
  • 50% DARIPADA APA YANG KITA LIHAT & DENGAR
  • 70% DARIPADA APA YANG KITA BINCANGKAN
  • 80% DARIPADA APA YANG KITA ALAMI
  • 95% DARIPADA APA YANG KITA AJAR ORANG LAIN

Jadi, ilmu yang kita dapat perlu kita kongsikan dengan rakan-rakan...ingat

 Ø¹Ù„Ù… بلا عمل كشجرة بلا ثمر

(Al-’ilmu bila ‘amalin kasyajaratin bila tsamarin) … Ilmu tanpa pengamalan ibarat pohon tanpa buah…

RESIPI SENANDUNG KEJAYAAN


Bahan-bahan

Buku secukupnya ( ikut selera)
Sebuah ketekunan ( diparut)
kerajinan secukupnya
4 hiris keinsafan
5 keping kasih sayang
beberapa potong kasih sayang
beberapa potong doa
sedikit dendam dan cemburu( dilumatkan)
secebis malas( digoreng dan ditumbuk halus)
segenggam harapan
1/4 cawan air mata
semangkuk azam
sekuntum senyuman ( untuk hiasan)

Cara Menyediakan:

  1. Buku dipotong lima. Basuh dan toskan. Gaul buku dengan azam. Biar seketika hingga mesra keduanya. Ketekunan diperah untuk menjadikan satu liter pati kesungguhan dan dua liter usaha. Keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama. Pijarkan air mata. Tumiskan keinsafan sehingga bangkit baunya( menimbulkan kesedaran)
  2. Kemudian masukkan bahan yang telah digaul tadi. Kacau dengan pemikiran yang baik dan sempurna. Masukkan pula buku-buku dan campurkan dengan usaha. Kemudian didihkan beberapa minit.Tambah kerajinan, malas yang telah ditumbuk halus serta dendam dan cemburu. Setelah mendidih masukkan kesungguhan. Setelah naik baunya, masukkan doa dan tutup dengan keimanan.
  3. Apabila masak, rasalah kenikmatannya. Kalau kurang manis, tambahkan sedikit ketekunan hingga secukupnya.
  4. Apabila siap, hidangkan bersama kebanggaan untuk keluarga dan taburkan kesyukuran dan sekuntum senyuman.
SELAMAT MENCUBA

SENYUMAN UBAT YANG BERKESAN

Mencari ubat untuk kepenatan yang dialami setiap hari? pernahkan anda terfikir tentang kuasa senyuman ? Pasti ramai yang terlepas pandang betapa pentingnya peranan senyuman dalam hidup kita, mungkin kerana ia berlaku secara spontan dan percuma tanpa bayaran namun yang pasti nilainya begitu berharga tiada tandingan.Sedarkah anda bahawa asas sesuatu komunikasi adalah dengan senyuman?Jika kita ambil Nabi Muhammad SAW , baginda sentiasa tersenyum walau dalam apa jua keadaan. Senyuman itu adalah suatu sedekah..

Apabila kita tersenyum atau ketawa, ia adalah bentuk senaman yang berkesan di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.JOM KITA BUAT SENYUM TIGA...

  

PERSEPSI

   

Apa yang dapat kamu lihat pada gambar yang pertama?Wanita tua? wanita muda?ini adalah merupakan persepsi.Pandangan kita sentiasa berbeza. Persepsi merujuk kepada gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran.Pandangan mata kita dapat dalam sesuatu perkara adalah tidak sama. Begitu juga dengan gambaran lukisan-lukisan di atas. Cuba kamu perhatikan betul-betul. Mengikut kamus dewan, persepsi membawa maksud pandangan atau  tanggapan. Tanggapan setiap manusia terhadap orang lain sentiasa berbeza.Ada yang melihat apa yang dibuat oleh seseorang individu itu adalah positif, namun ada yang memandangnya sebagai negatif. Pandangan yang negatif akan menyebabkan kita melihat sesuatu perkara yang diamanahkan kepada kita adalah menyusahkan , namun jika terima dengan positif dan menganggapnya adalah cabaran, pasti kita akan beroleh kejayaan.