SEKAPUR SIREH




SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana atas nikmat dan kurniaNya saya  telah ditugaskan untuk berkhidmat  SK Pantai Kundor  ini sebagai  Guru Bimbingan dan kaunseling.Perkhidmatan saya di SKPK adalah bermula dari tahun 2005 dan pelbagai usaha tealah dilakukan demi meningkatkan profesionalisme perkhidmatan ini. Dengan tekad yang jitu, akan saya kemudikan Unit Bimbingan & Kaunseling ini secemerlang mungkin sejajar dengan visinya iaitu menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah. Bukan itu sahaja, malah ia akan mampu dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah lain seluruh Malaysia sebagai penanda aras satu hari nanti..InsyaAllah.
       Pembikinan blog ini merupakan satu wadah untuk saya menyebarkan perkhidmatan ini secara menyeluruh di samping memudahkan akses para pelajar  dalam mendekati perkhimatan bimbingan dan kaunseling.
                 Dalam pada  memartabatkan Unit Bimbingan & Kaunseling ini, segala usaha daripada semua pihak amat saya hargai. Daripada tampuk pimpinan barisan pentadbir, PIBG, guru-guru, kakitangan, ibu bapa, rakan-rakan guru bimbingan dan anak-anak SKPK.sejuta penghargaan  saya rakamkan atas sumbangan idea, tenaga, harta dan wang ringgit yang hanya Allah dapat membalasnya.
                 Harapan saya, kewujudan Unit Bimbingan & Kaunseling ini akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang mendampinginya .?


Salam Kecemerlangan

Pn. Yusnizal binti Ismail
Guru Bimbingan &Kaunseling


MARI KITA KENAL PERKHIDMATAN KAUNSELING....



Perkhidmatan ini disediakan khusus untuk membimbing dan menolong pelajar  mencari alternatif dalam menghadapi masalah terutama dalam proses pertumbuhan dan perkembangan diri sendiri untuk mencapai matlamat hidup.


BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN


Perkhidmatan ini dijalankan secara:


  1. Kaunseling individu iaitu pertemuan antara pelajar dan guru bimbingan( kaunselor)
  2. Kaunseling Kelompok iaitu pertemuan pelajar dan rakan-rakan dengan guru bimbingan( kaunselor) 
CARA UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Anda dialu-alukan untuk bertemu dengan guru bimbingan dan kaunseling dengan cara mengisi borang temujanji dan memasukkan borang yang telah diisi ke dalam tempat yang telah disediakan.