Tuesday, July 24, 2012


MAGICAL PRACTICES

         Pernahkah kamu melihat, mendengar atau merasa keajaiban (magic)? .. Tahukah kamu kita boleh membuat sendiri keajaiban tersebut? Keajaiban itu dapat mengubah diri kita menjadi lebih bahagia dan gembira dalam melalui kehidupan. Di sini cikgu yus ingin berkongsi satu kuasa “ magic” iaitu “ the power of gratitude” iaitu “ kuasa ucapan terima kasih.
Berpa kalikah dalam sehari kita mengucapkan terima kasih? Adakah kita mengucapkan terima kasih apabila kita mendapat suatu barang dari seseorang ataupun apabila ada orang yang  memberikan pertolongan kepoda kita. Apa kata kita amalkan tips yang akan cikgu berikan di sini. Setiap hari tulislah didalam buku 10 ucapan terima kasih. Contohnya:
1. Terima kasih Allah kerana memberikan aku nafas pada hari ini.
2. Terima kasih ibu kerana menyediakan makanan kegemaran saya hari ini
3. Terima kasih ayah kerana telah menghantarkan saya ke sekolah
4. Terima kasih cikgu ……..kerana mengajar saya subjek…………… dengan baik sekali.
5. Terima kasih kawan…………. Kerana sudi membantu saya dalam menyiapkan kerja sekolah
6. Terima kasih makcik jaga kerana menolong saya melintas jalan
7. Terima kasih cikgu ………… kerana menyambut kedatangan saya ke sekolah.
8. Terima kasih adik kerana………………..
9. Terima kasih kakak kerana………………..
10. Terima kasih abang kerana…………………..
AMALKAN SELAMA 28 HARI DAN INSHAALLAH ANDA AKAN RASAKAN KUASA “  MAGIC” TADI. SELAMAT MENCUBA
Cikgu yusnizal ismail( guru bimbingan dan kaunseling)

Tuesday, July 10, 2012

AZAN SATU TERAPI

Sejak kebelakangan ini, cikgu suka betul mendengar azan .. terutama yang dialunkan oleh MIshary Al Afasy. Mengikut sumber pembacaan cikgu, azan dapat merendahkan gelombangb otak kita.. satu penemuan yang sangat menarik.

Sebagai umat Islam, apabila mendengar azan ternyata hati terus menjadi sayu  dan terushati menjadi tenang dn damai. Semoga azan terus dapat berkumandang dan menyeru umat Islam untuk terus berpegang pada ajaran ALLAH.AMIN.. Semoga kita akan terus berada di dalam CINTANYA


Monday, July 9, 2012

LINUS

APA ITU LINUS? LINUS ialah akronim bagi "Literacy dan Numeracy Screening" LINUS merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas litersi dan kemahiran asas numerasi semasadi Tahap1 sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid2 yang mempunyai masalah 3M,(membaca,menulis,mengira) Matlamat Matlamat program ini adalah untuk memastikan semuamurid mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid yang berkperluan khas selepas tiga tahun mengikuti ProgramLINUS. DEFINISI ASAS LITERASI Keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk dalam Bahsa Malaysia dan mampu menggunakan perkataan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. DEFINISI ASAS NUMERASI Keupayaan menyelesaikan operasi asas matematik, memahami idea matematik yang mudah dan mampu menggunakan kemahiran matematik dalam kehidupan.