MAGICAL PRACTICES
Pernahkah kamu melihat, mendengar atau merasa keajaiban (magic)? .. Tahukah kamu kita boleh membuat sendiri keajaiban tersebut? Keajaiban itu dapat mengubah diri kita menjadi lebih bahagia dan gembira dalam melalui kehidupan. Di sini cikgu yus ingin berkongsi satu kuasa “ magic” iaitu “ the power of gratitude” iaitu “ kuasa ucapan terima kasih.
Berpa kalikah dalam sehari kita mengucapkan terima kasih? Adakah kita mengucapkan terima kasih apabila kita mendapat suatu barang dari seseorang ataupun apabila ada orang yang memberikan pertolongan kepoda kita. Apa kata kita amalkan tips yang akan cikgu berikan di sini. Setiap hari tulislah didalam buku 10 ucapan terima kasih. Contohnya:
1. Terima kasih Allah kerana memberikan aku nafas pada hari ini.
2. Terima kasih ibu kerana menyediakan makanan kegemaran saya hari ini
3. Terima kasih ayah kerana telah menghantarkan saya ke sekolah
4. Terima kasih cikgu ……..kerana mengajar saya subjek…………… dengan baik sekali.
5. Terima kasih kawan…………. Kerana sudi membantu saya dalam menyiapkan kerja sekolah
6. Terima kasih makcik jaga kerana menolong saya melintas jalan
7. Terima kasih cikgu ………… kerana menyambut kedatangan saya ke sekolah.
8. Terima kasih adik kerana………………..
9. Terima kasih kakak kerana………………..
10. Terima kasih abang kerana…………………..
AMALKAN SELAMA 28 HARI DAN INSHAALLAH ANDA AKAN RASAKAN KUASA “ MAGIC” TADI. SELAMAT MENCUBA
Cikgu yusnizal ismail( guru bimbingan dan kaunseling)