Sunday, October 9, 2011

BERANI BERMIMPI...

Setiap orang mempunyai impian di dalam kehidupan.Apakah impian anda? Menjadi pelajar paling pintar di sekolah?Menjadi seorang yang kaya dan berjaya?menjadi seorang yang mempunyai keluarga yang bahagia? JIKA KAMU MAMPU MELAKUKAN SEMUA INI...Cuba bayangkan...


        Beranilah untuk berimpian di manakah kedudukan kita pada suatu hari nanti..jika bermimpi pun kita gentar, bermakna kita sendiri takut untuk meletakkan diri kita agar layak untuk berjaya suatu hari kelak.Berimpilah pada sesuatu yang hebat pada diri sendiri..yakin akan kebolehan dan kemampuan pada diri. Sentiasa positif dan optimist..


       Namun impian akan tetap tinggal impian jika tiada tindakan yang dilakukan untuk mencapai impian yang dicita-citakan.Mimpi tadi hanya tinggal mainan tidur yang hanya membuat kita tersenyum seketika sahaja.Buatlah tindakan untuk meniti puncak kejayaan.Keluarlah dari zon selesa anda dan teruskan misi untuk menambah ilmu pengetahuan di dalam diri dan jangan sekali-kali berputus asa jika kegagalan yang ditemui..teruskan usaha dan usaha..